TEENAGE ENTREPRENEUR CHALLENGE 2022 : YOSHINI DAN HARSHINI BANGGAKAN WARGA SMKTD

Posted by SMK TAMAN DAYA on Thursday, August 11, 2022 with No comments

 


[ARKIB] Sekalung tahniah diucapkan kepada Yoshini A/P Anandaraj (4 Amanah) bersama adiknya, Harshini (3 Amal) yang telah memenangi tempat ke-5 dalam pertandingan Teenage Entrepreneur Challenge 2022.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh International Youth Movement Ascendance ( @ascendancepro ) & Wharthon Interactive University of Pennsylvania, United States dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lebih membanggakan lagi, Yoshini dan Harshini telah berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 60 penyertaan dari seluruh Malaysia. Pertandingan ini berlangsung selama 4 bulan di mana pelajar dilatih dan bersaing untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri serta berjaya mengharungi cabaran untuk menjadi Usahawan Muda 👏🏻🥳🎉🎉🎉

Perniagaan mereka diberi nama Nature’s Heart dan menjual Mandala Artworks sebagai hadiah cenderahati bagi pelbagai majlis istimewa dan tanda kenangan.

Semoga lebih ramai pelajar menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini pada masa akan datang❤️ #TDSthebest #TDShebat

Categories: