Saturday, June 26, 2021

PERUBAHAN POLISI GOOGLE : MAKLUMAKN KEPADA SEMUA WARGA TDS!

 


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, 


PERKARA :  Penggunaan WAJIB E-MEL MOE-DL oleh pelajar untuk sesi Google Meet sepanjang tempoh PdPR.

SASARAN : SEMUA PELAJAR SMK TAMAN DAYA


Pihak Google telah membuat perubahan polisi dengan menghadkan akses emel yang beralamat @gmail.com bermula 28 JUN 2021. Sehubungan dengan itu, semua pelajar SMKTD diwajibkan menggunakan emel MOE-DL masing-masing untuk mengelakkan anda mengalami kesukaran akses kelas Google Meet. 


Dapatkan id MOE daripada guru kelas masing-masing. 


terima kasih...

Saturday, March 27, 2021

WIRAWAN DAYA | VIRTUAL RUN 2021 | SMK TAMAN DAYA, PASIR GUDANG

KEJOHANAN ‘WIRAWAN DAYA VIRTUAL RUN’ 2021

Demi menyahut cabaran baru pasca pandemik COVID-19, SMK Taman Daya meneruskan tradisi tahunan larian Wirawan Daya sekali lagi pada tahun 2021. Sungguhpun begitu, pada tahun ini terdapat kelainan dalam pelaksanaan larian ini yang dinamakan sebagai Wirawan Daya Virtual Run 2021. 

Antara objektif program ini dijalankan adalah bagi mencungkil potensi kesukanan dalam kalangan pelajar SMK Taman Daya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pelajar sekolah, di samping untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar dan menarik minat pelajar untuk menyertai sukan di sekolah. 

Pendaftaran bagi penyertaan program ini dibuka bermula 24 Mac hingga 28 Mac 2021. Peserta larian boleh memulakan larian pada 29 Mac dan berakhir pada 4 April 2021.

Bagi warga TDS yang ingin menyertai acara ini, peserta perlu membuat pendaftaran penyertaan dengan mengisi borang digital yang disediakan. Bagi setiap penyertaan pelajar, borang digital kebenaran ibu bapa untuk mengikuti aktiviti perlu disertakan dalam borang pendaftaran. Peserta boleh mengisi borang-borang tersebut melalui pautan di bawah ini :

BORANG PENDAFTARAN
BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Pada tahun ini, larian dilakukan secara maya di kawasan rumah masing-masing atas kekangan pelaksanaan SOP yang tidak membolehkan aktiviti berkumpul secara beramai-ramai. Oleh itu, warga sekolah perlu memuat turun aplikasi STRAVA untuk mengambil bahagian. Pelajar dikehendaki mendaftar dan mencipta profil sebelum mengikuti CLUB yang telah diwujudkan mengikut kategori masing-masing.

                                         
Ayuh, semua! Jom sama-sama memeriahkan program ini dan menyumbang mata berharga buat rumah sukan anda masing-masing. 





Tuesday, November 3, 2020

eNILAM SMK TAMAN DAYA 2020

 



eNilam SMK Taman Daya 2020๐Ÿ“š๐Ÿ’ป๐Ÿ’ฟ๐Ÿ“
*ANDA MEMBACA BIAR KAMI IKTIRAF*
๐Ÿ“˜Jom Membaca dan Rekodkan bacaan melalui eNilam
๐ŸŒŸRebut peluang untuk mendapat pengiktirafan 5 bintang
๐Ÿ“ฒHanya dengan aktifkannya dimana sahaja anda berada
Rekodkan bacaan anda dipautan berikut :


COVID-19 OUTBREAK : SIARAN TELEVISYEN PENDIDIKAN NOVEMBER

 




SIARAN TV PENDIDIKAN TINGKATAN 1
(8 NOVEMBER 2020)

SALURAN ASTRO 603
11.00 pagi - Pendidikan Sivik (Menghargai Keindahan)
4.00 petang - (Ulangan) Pendidikan Sivik (menghargai Keindahan)



SIARAN TV PENDIDIKAN TINGKATAN 3
(3 NOVEMBER 2020)

SALURAN ASTRO 603
11.00 pagi - Bahasa Melayu (Ayat Tunggal)
11.15 pagi - Bahasa Melayu (Rumusan dan Pemahaman Petikan Umum)
4.00 petang - (Ulangan) Bahasa Melayu (Ayat Tunggal)
4.15 petang - (Ulangan) Bahasa Melayu (Rumusan dan Pemahaman Petikan Umum)

(5 NOVEMBER 2020)

SALURAN ASTRO 603
11.00 pagi - Bahasa Inggeris ( Irregular verbs)
11.15 pagi - Bahasa Inggeris ( Present and Past Perfect Tense)
4.00 petang - (ulangan) Bahasa Inggeris ( Irregular verbs)
4.15 petang - (Ulangan) Bahasa Inggeris ( Present and Past Perfect Tense)



SIARAN TV PENDIDIKAN TINGKATAN 5
(3 NOVEMBER 2020)

SALURAN ASTRO 603
11.30 pagi - Bahasa Inggeris ( Writing : Factual Essay)
11.45 pagi - Bahasa Inggeris ( Reading Skills : Redaing Voice and Thinking Voice)
4.30 petang - (Ulangan) Bahasa Inggeris ( Writing : Factual Essay)
4.45 petang - (Ulangan) Bahasa Inggeris ( Reading Skills : Redaing Voice and Thinking Voice)


SALURAN RTM OKEY
9.00 pagi - Pendidikan Islam 
> Ibadah - Talak : Jalan Penyelesaian Terakhir
> Ibadah - Fasakh
> Ibadah - Rujuk


(5 NOVEMBER 2020)

SALURAN ASTRO 603
11.30 - SEJARAH ( Perjuangan Menentang British)
11.45 - Sejarah (Gerakan Nasinalisme di Tanah Melayu Sehingga Perang Dunia Kedua)
4.30 petang - (Ulangan) SEJARAH ( Perjuangan Menentang British)
4.45 petang - (Ulangan) SEJARAH (Gerakan Nasinalisme di Tanah Melayu Sehingga Perang Dunia Kedua)


SALURAN RTM OKEY
9.00 pagi - Biologi (Pewarisan : Pewarisan Dalam Manusia)

(8 NOVEMBER 2020)

SALURAN ASTRO 603
11.30 pagi - Fizik ((Pembelauan Gelomabang)
11.45 pagi - Fizik (Tenaga Nuklear) 
4.30 petang - (Ulangan) Fizik ((Pembelauan Gelomabang)
4.45 petang - (Ulangan) Fizik (Tenaga Nuklear)




SIARAN TV PENDIDIKAN TINGKATAN 6
(8 NOVEMBER 2020)

SALURAN RTM OKEY
9.00 pagi - MUET 
> Reading Lesson : Understanding Vocabulary
> Punctuation Matters

Sunday, November 1, 2020

COVID-19 OUTBREAK : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DARI RUMAH BERMULA


ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA,

PdPR secara atas talian akan bermula hari ini. Oleh itu, pelajar perlu merujuk jadual kelas yang dibekalkan oleh guru tingkatan masing-masing dan mematuhi waktu kelas anda. Sila gunakan id g-suite anda (emel moe-dl) untuk mengakses Google Meet dan Google Classroom anda. Login melalui platform DELIMa yang telah dikongsikan di dalam group kelas.

Bagi pelajar yang menghadapi masalah login, sila hubungi penyelaras ICT sekolah di telegram t.me/eppyzast dengan menyatakan nama penuh dan kelas anda. 


Terima kasih.


 

COVID-19 OUTBREAK : SEKOLAH DITUTUP!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berdasarkan surat rasmi dari JPNJ bertarikh 31 Okt, berkenaan penutupan sekolah seluruh Daerah Johor Bahru. Adalah dimaklumkan SMKTD akan ditutup mulai 1 Nov hingga 14 Nov.

Sepanjang penutupan ini, pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR) akan dijalankan. Jadual dan maklumat lanjut akan di maklumkan selewat2nya hari ini jam 8.00 mlm.
Harap maklum.


Daripada, 

Pengetua 
SMK Taman Daya


 



PEGAWAI PENILAI : PENGURUSAN PdPR SMK TAMAN DAYA

PENTADBIR | PEGAWAI PENILAI PERTAMA

1. Gunakan butang PEMANTAUAN RPH untuk menyemak rekod penghantaran dan butiran RPH oleh guru.
2. Gunakan butang PEMANTAUAN REFLEKSI untuk menyemak rekod pengantaran dan butiran REFLEKSI oleh guru.

} PEMANTAUAN RPH

Sunday, October 4, 2020

PENTAKSIRAN KOMPETENSI DAN LITERASI SEKOLAH MENENGAH (PKLSM) 2020

 


PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KOMPETENSI LITERASI SAINS, MATEMATIK, BACAAN DAN LITERASI KEWANGAN (PLK) DI BAWAH INISIATIF #20: KEBUDAYAAN KBAT DALAM PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Kod Sekolah : JEA1053

Kelas :    ARIF (AR)   ADIL (AD)   AMANAH (AM)   AMAL (AL)   AKHLAK (AK)
CONTOH 
1 ARIF - 1AR
2 ARIF - 2AR
3 ARIF - 3AR


Arahan kepada pelajar yang yang menjawab PKL 2020, sila klik pautan yang diberi.



Jika anda menghadapi masalah untuk memasuki pentaksiran seterusnya, gunakan link di bawah.

TINGKATAN 1
Bacaan - http://gg.gg/bacaan_t1
Matematik - http://gg.gg/matematik_t1
Sains - http://gg.gg/sains_t1
Kewangan - http://gg.gg/kewangan_t1


TINGKATAN 2
Bacaan - http://gg.gg/bacaan_t2
Matematik - http://gg.gg/matematik_t2
Sains - http://gg.gg/sains_t2
Kewangan - http://gg.gg/kewangan_t2


TINGKATAN 3
Bacaan - http://gg.gg/bacaan_t3
Matematik - http://gg.gg/matematik_t3
Sains - http://gg.gg/sains_t3
Kewangan - http://gg.gg/kewangan_t3



SILA BERHUBUNG DAN MINTA BANTUAN GURU SEKIRANYA ANDA MENGHADAPI MASALAH.
TERIMA KASIH.