Thursday, August 11, 2022

TEENAGE ENTREPRENEUR CHALLENGE 2022 : YOSHINI DAN HARSHINI BANGGAKAN WARGA SMKTD

 


[ARKIB] Sekalung tahniah diucapkan kepada Yoshini A/P Anandaraj (4 Amanah) bersama adiknya, Harshini (3 Amal) yang telah memenangi tempat ke-5 dalam pertandingan Teenage Entrepreneur Challenge 2022.

Pertandingan ini telah dianjurkan oleh International Youth Movement Ascendance ( @ascendancepro ) & Wharthon Interactive University of Pennsylvania, United States dan mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lebih membanggakan lagi, Yoshini dan Harshini telah berjaya mendapat tempat ke-5 daripada 60 penyertaan dari seluruh Malaysia. Pertandingan ini berlangsung selama 4 bulan di mana pelajar dilatih dan bersaing untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri serta berjaya mengharungi cabaran untuk menjadi Usahawan Muda 👏🏻🥳🎉🎉🎉

Perniagaan mereka diberi nama Nature’s Heart dan menjual Mandala Artworks sebagai hadiah cenderahati bagi pelbagai majlis istimewa dan tanda kenangan.

Semoga lebih ramai pelajar menyertai aktiviti-aktiviti seperti ini pada masa akan datang❤️ #TDSthebest #TDShebat

AEROFIT CHALLENGE JOHOR : SPICY DREAMERS MENDAPAT TEMPAT KE-4


ARKIB] Tahniah kepada peserta-peserta dan guru pembimbing yang telah mengambil bahagian dalam pertandingan AEROFIT CHALLENGE peringkat negeri Johor anjuran Kelab Sukan Kecergasan Perdana Aerofit, dengan kerjasama Persatuan Sukan Lompat Tali Negeri Johor, Majlis Teater Negeri Johor dan Aeon Mall, Bandar Dato’ Onn.
Pasukan Spicy Dreamer telah berjaya mendapat tempat ke-4. #TDSthebest #TDShebat







 

BUNGA RAYA SIMBOLIK PERPADUAN YANG UTUH DALAM KALANGAN WARGA SMKTD


 [ARKIB] Sekitar majlis Pelancaran dan Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat SMK Taman Daya (31/07/2022) #TDSthebest #TDShebat Majlis ini telah diadakan dengan jayanya pada hari berkenaan. Gimik perasmian dilakukan dengan menanam pokok bunga raya sebagai simbol perpaduan warga sekolah oleh Puan Pengetua sendiri.













BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM : BAHASA INGGERIS MENSASARKAN KUMPULAN CEMERLANG

[ARKIB] Bengkel menjawab SPM bagi kertas Bahasa Inggeris K1 dan K2 untuk pelajar Kumpulan Cemerlang 2022. #TDSthebest #TDShebat





 

POETRY RECITATION PERINGKAT DAERAH : HAZIM DAN CHEE XIN YEE BAWA PULANG HADIAH TEMPAT KE-2


Tahniah kepada Chee Xin Yee dan Hazim daripada 1 Adil kerana telah mendapat tempat ke-2 dalam "Poetry Recitation" bagi peringkat Daerah Pasir Gudang. Mereka juga telah dipilih ke peringkat negeri bagi meneruskan perjuangan dalam pertandingan ini.
#TDSthebest #TDShebat


 

BOLING 10 PIN DAERAH : MUHAMMAD ARIF ZAKWAN CAPAI RANKING KE-8 KATEGORI L15



[ARKIB] Tahniah kepada Muhammad Arif Zakwan [2 Adil] yang berjaya menduduki ranking ke-8 dalam Kejohanan Boling 10pin MSSD Pasir Gudang Kategori L15 baru-baru ini.