WIRAWAN DAYA | VIRTUAL RUN 2021 | SMK TAMAN DAYA, PASIR GUDANG

KEJOHANAN ‘WIRAWAN DAYA VIRTUAL RUN’ 2021

Demi menyahut cabaran baru pasca pandemik COVID-19, SMK Taman Daya meneruskan tradisi tahunan larian Wirawan Daya sekali lagi pada tahun 2021. Sungguhpun begitu, pada tahun ini terdapat kelainan dalam pelaksanaan larian ini yang dinamakan sebagai Wirawan Daya Virtual Run 2021. 

Antara objektif program ini dijalankan adalah bagi mencungkil potensi kesukanan dalam kalangan pelajar SMK Taman Daya. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memupuk semangat kesukanan dan kerjasama dalam kalangan pelajar sekolah, di samping untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar dan menarik minat pelajar untuk menyertai sukan di sekolah. 

Pendaftaran bagi penyertaan program ini dibuka bermula 24 Mac hingga 28 Mac 2021. Peserta larian boleh memulakan larian pada 29 Mac dan berakhir pada 4 April 2021.

Bagi warga TDS yang ingin menyertai acara ini, peserta perlu membuat pendaftaran penyertaan dengan mengisi borang digital yang disediakan. Bagi setiap penyertaan pelajar, borang digital kebenaran ibu bapa untuk mengikuti aktiviti perlu disertakan dalam borang pendaftaran. Peserta boleh mengisi borang-borang tersebut melalui pautan di bawah ini :

BORANG PENDAFTARAN
BORANG KEBENARAN IBU BAPA

Pada tahun ini, larian dilakukan secara maya di kawasan rumah masing-masing atas kekangan pelaksanaan SOP yang tidak membolehkan aktiviti berkumpul secara beramai-ramai. Oleh itu, warga sekolah perlu memuat turun aplikasi STRAVA untuk mengambil bahagian. Pelajar dikehendaki mendaftar dan mencipta profil sebelum mengikuti CLUB yang telah diwujudkan mengikut kategori masing-masing.

                                         
Ayuh, semua! Jom sama-sama memeriahkan program ini dan menyumbang mata berharga buat rumah sukan anda masing-masing.